Kelas asas 3D Printer dan pengenalan komputer

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang berkerjasama dengan Pusat Internet RPR Sibujaya telah mengadakan kelas asas 3D printer dan pengenalan kepada komputer di bilik latihan PI RPR Sibujaya. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mengenali 3D printer serta cara asas mengunakannya. Semasa kelas berlangsung, para perserta didedahkan terlebih dahulu dengan perisian TinkerCAD, iaitu satu platform mudah untuk membuat rekaan 3D dan seterusnya dicetak dengan mengunakan mesin cetak 3D.

Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 9.00 pagi sehingga 12:30 tengah hari merangkumi aktiviti seperti pengenalan 3D printer, komputer serta taklimat advokasi secara ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali